[Tentang Expert Workshop]

Expert Workshop PJK P1 adalah siri bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) yang berada di bawah kelolaan Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1). Sejajar dengan usaha PJK untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam aktiviti seharian, penganjuran Expert Workshop diharap dapat menarik minat masyarakat setempat menggunakan PJK secara efektif.

Dengan peruntukan masa selama setengah hari, sesi demonstrasi dan soaljawab yang interaktif diharap dapat merapatkan peserta dengan tenaga pakar untuk berkongsi ilmu dan menunjukkan contoh sesuatu produk siap. Penerapan elemen ICT menerusi penggunaan bahan-bahan rujukan yang boleh diakses melalui internet menjadikan bengkel ini lebih efektif dan relevan untuk disertai oleh golongan sasaran.

Expert Workshop telah menyediakan tiga kategori bengkel yang menarik bagi memenuhi minat komuniti yang berlainan iaitu:

1. AlamSihat  - berkisar kepada kesihatan dan pemeliharaan alam.
2. HiasRias  - memberi tumpuan kepada kraftangan, dekorasi dan kecantikan.
3. Masak² - memuatkan resepi, tips dan penyediaan makanan dengan menu yang istimewa.

Walaupun tidak dapat menjadikan seseorang itu pakar, diharap program ini dapat membuka minda peserta untuk lebih berminat datang ke PJK dan memanfaatkan internet dalam aktiviti seharian. Sekaligus ia menjadikan PJK sebagai pemangkin kepada peningkatan status sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.