[HiasRias]



HiasRias adalah salah satu daripada siri Expert Workshop yang telah dijalankan untuk mereka yang ingin mempelajari seni dan teknik-teknik kraftangan, dekorasi dan kecantikan. Tenaga pakar yang didatangkan khusus untuk membimbing peserta mempelajari dan berkongsi idea dan pengalaman diharap dapat memberikan suntikan bagi menjana kreativiti golongan sasaran. 

Selain dapat mempelajari teknik-teknik dan cara yang betul, peserta juga didedahkan untuk mempelajari sedikit sebanyak mengenai teknologi maklumat khususnya penggunaan internet sebagai salah satu sumber rujukan dan ilmu pengetahuan. 

Bagi tahun 2011, gubahan hantaran perkahwinan, menjahit labuci dan manik, trend pemakaian tudung terkini serta grooming menjadi tajuk pilihan komuniti untuk bengkel HiasRias. Berikut adalah jadual bengkel yang telah diadakan:



Untuk maklumat mengenai bengkel-bengkel yang telah diadakan, sila layari blog bengkel. Alamat blog boleh didapati di Pautan Blog Workshop.