[Masak²]
Memasak memang tidak asing lagi bagi golongan wanita khususnya di kawasan penempatan Felda. Tapi tidak ramai yang tahu tentang rahsia dan petua di sebalik ramuan dan cara penyediaan makanan. Oleh itu, idea penganjuran Masak² adalah sebagai satu landasan untuk masyarakat setempat mempertajamkan ilmu dan kemahiran memasak dengan lebih efektif. Selain demonstrasi masakan, perkongsian ilmu dan pengalaman dari tenaga pakar yang didatangkan khas diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.
Selain itu, para peserta didedahkan dengan elemen ICT seperti internet khususnya penggunaan blog dan kemudahan lain untuk tujuan rujukan dan pembelajaran.
Bagi tahun 2011, Masak² telah berjaya diadakan di 4 Felda seperti berikut:
- Felda Sungai Klah : 12 April 2011 (Western Food)
- Felda Trolak Utara : 13 April 2011 (Cookies)
- Felda Sungai Behrang : 18 April 2011 (Western Food)
- Felda Gunung Besout 4 : 19 April 2011 (Western Breakfast)
Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel Masak², boleh didapati di Pautan Blog Workshop.
Halaman
Kategori Bengkel
- _________________________
- Kategori bengkel yang akan diadakan adalah seperti AlamSihat, HiasRias dan Masak2. _________________________