[AlamSihat]

Selain daripada menjaga kesihatan diri, kita juga digalakkan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk kepentingan generasi akan datang. Idea dan konsep AlamSihat menjurus kearah penjagaan kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar bertujuan membantu masyarakat khasnya komuniti Felda menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar.

Untuk tahun 2011, tema program AlamSihat ialah "Edible Garden" ataupun "taman boleh dimakan". Edible Garden berfungsi sebagai Taman Dapur mengandungi tanaman yang sesuai untuk dimakan seperti pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-buahan.

Peserta diajar cara asas untuk membangunkan Taman Dapur masing-masing disamping mempelajari teknik-teknik penyelenggaraan seperti pembajaan dan penyiraman atau pengairan. Edible Garden dibangunkan bukan sahaja untuk mendapatkan hasil tetapi juga untuk mencantikkan dan menyerikan laman.

Dibengkel ini, peserta juga didedahkan dengan elemen-elemen teknologi maklumat khasnya internet bagi tujuan memudahkan mereka untuk mencari bahan-bahan rujukan dan jika mereka berminat untuk memasarkan produk masing-masing.

Bengkel AlamSihat telah berjaya diadakan di Felda Gunung Bongsu pada 29 Mac 2011. Bagi mendapatkan berita dan gambar-gambar program, sila layari blog AlamSihat.