Expert Workshop PJK-P1 adalah siri bengkel yang menemukan pakar sesuatu bidang dengan komuniti. Ia dianjurkan oleh Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) yang berada di bawah kelolaan Packet One Netwrorks (Malaysia) Sdn Bhd (P1).

Inisiatif untuk mengadakan program Expert Workshop ini tercetus dari pemerhatian dan data pengunjung yang diperolehi daripada sembilan buah PJK sejak pembukaannya pada April 2010. Majoriti pengguna PJK adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan remaja manakala segelintir sahaja golongan senior dan wanita yang mengunjungi PJK. Sementara golongan muda begitu teruja mengaplikasikan teknologi samada untuk tujuan pelajaran atau sosial, golongan senior didapati teragak-agak untuk menggunakannya. Jurang digital di antara dua golongan ini dijangka dapat dirapatkan dengan mengadakan aktiviti yang relevan dan memenuhi kehendak golongan tertentu.

Expert Workshop telah direka untuk memenuhi hasrat golongan senior untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan pakar yang dibawa khas. Selama setengah hari peserta akan dapat melihat sesi demonstrasi dan bersoaljawab dengan pakar tersebut. Penerapan elemen ICT adalah menerusi penggunaan bahan-bahan rujukan yang boleh diakses melalui internet.